Selasa, 28 Disember 2010

LEMBU PUNYA SUSU,SAPI DAPAT NAMA.....






Kebanyakan gambar-gambar di atas 'diklik' oleh adik ipar....Sibuk melayan anak-anak riangku

Lensataibah:Sabarlah wahai sahabat...Adakala orang mengaku kerja yang kita buat bersungguh-sungguh,dia yang buat......Seseungguhnya Allah Maha Mengetahui.....

Sabtu, 18 Disember 2010

KUDA DARI JARAK DEKAT


Keistimewaan bumi Sabah ni ialah banyaknya binatang kuda peliharaan.
Yang ni jinak sangat,peramah kot.....
Siapa yang dapat lari megalahkan kuda?
Saya pun tak dapat jawab,kalau sesiapa yang tahu,boleh bagitau saya...

Lensataibah:Kuda liar boleh dijinakkan,hati manusia yang liar...?Boleh juga,jika kembali pada jalan-Nya......

Sabtu, 11 Disember 2010

AZAM BARU MUSLIMAH....


BUATMU MUSLIMAH.....
TANAMKAN AZAM SEPERTI BUNGA MAWAR INI
CANTIK TAPI TIDAK MUDAH DIPETIK
ITULAH MARUAHMU.....
AMANAHMU....SEBAGAI HAMBA ALLAH....

Selasa, 7 Disember 2010

DI BAWAH BAYU....




Melawat ladang sayur di Kundasang,Sabah.Ingatkan nak keluarkan peluh,tapi tak keluar-keluar pun sebab sejuk sangat.

Lensataibah:Nak pergi lagi kalau boleh.Banyak oksigen di sana.........SEGAR!!!

Jumaat, 3 Disember 2010

IT'S ME UMMI!!


Anak-anak memang suka tengok muka sendiri.Tapi kali ni bukan kat cermin,tapi di 'BOOK DROP' di PUSTAKA Kuching......

Lensataibah:"Ya Allah,Engkau teleh perelokkan rupaku,maka perelokkanlah budi pekertiku...."..Amin....

Ahad, 28 November 2010

Barakallah.......





Lensataibah:"Barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fii khair......"Buat pasangan pengantin Ismail dan Linda....

Ahad, 21 November 2010

Tasik


Tasik di belakang PUSTAKA Kuching.Sungguh mendamaikan......
Hati mana yang tak dilanda keluh kesah,bingung,sedih tetapi dengan melihat alam ciptaan Allah boleh mengurangkan semua perasaan ini......
Berdo'alah....
Mengadulah....
Hanya pada Allah.......

Lensataibah:"Allah S.W.T murka jika engkau tidak memohon kepada-Nya,Sebaliknya manusia murka apabila engkau sering minta daripadanya."

Jumaat, 19 November 2010

SEMANIS UKHUWWAH....IKTIBAR SANG BURUNG




Mentadabbur alam di sekitar PUSTAKA Kuching,Sarawak
Di 'klik' semasa cuti Raya Aidilfitri yang lepas,baru di'edit' dan diupload

Lensataibah:Indahnya ukhuwwah jika didasari dengan iman dan taqwa.

Selasa, 26 Oktober 2010

SUKA PAKAI


Inilah cucu saya...tak percaya?
Cicit kepada ibu dan ayah saya,jadi si comel ni 'pangkat' cuculah
Maknanya dia panggil saya 'nek usu'....hmm..tuanyalah rasa
Begitulah putaran hidup
Cepat betul anak buah membesar

Lensataibah:Mengingatkan kita amal sepatutnya bertambah bila bertambahnya umur......

Rabu, 13 Oktober 2010

MURAH SENYUMAN




Anak-anak memang murah dengan senyuman.
Hati mereka masih bersih.
Adakala senyuman penawar duka ibu bapa.
Kasihi mereka dengan seikhlasnya...

Lensataibah:Tengah mencuba program baru untuk mengedit gambar.....seronok.....dapat ilmu baru

Isnin, 11 Oktober 2010

OPEN YOUR EYES-KHAS BUAT FOTOGRAFER



"Ambillah gambar yang dapat mengajak orang untuk BERSYUKUR,INGAT DAN BERUBAH UNTUK MENGINGATI-NYA"~lensataibah

"THE BEST CAMERA IS THE ONE THAT'S WITH YOU..."CHASE JARVIS~IPHONE PHOTOGRAPHY

Ahad, 26 September 2010

FOTO RAYA MENARIK - KENANGAN DI KAMPUNG


AYAH-HJ MOHD MORSHIDI


IBU-HAJAH TAIBAH
(BLOG NI SEMPENA NAMANYA)


MOHD AKMALUL HAKIM

SITI NUR 'AFIIFAH


SITI NUR SAKIINAH

Alhamdulillah kembali dengan cerita raya.Sibuk betul,hinggakan terbiar blog ni...
Semoga sahabat selensa di sana tetap sihat selepas puasa.Dah habis puasa enam?Kalau belum masih ada peluang lagi untuk melakukannya,rugi kalau tak buat.

Memang impian saya untuk bergambar di studio sekeluarga.Tapi apa kan daya kosnya pun boleh tahan.Jadi saya nak buat sesuatu untuk 'anniversary kami yang ke-8' (berkahwin dalam bulan Syawal).Semoga perkahwinan kami diberkati Allah dan mendapat redha-Nya.

Semua foto-foto di atas 'diklik' oleh anak buah yang juga 'fotografer perkahwinan'.Memang berbeza kalau orang-orang yang dah 'pro' ambik kan....
Actually gambar tu bukan di ambik dari studio,kat rumah ja.Tapi sorang lagi anak yang sulung tak nak bergambar solo...hu..hu apalah moodnya hari tu.
Apa pun kalau anda berminat untuk 'menempah' anak buah saya ni boleh la bagitau saya ya ek....(TERUTAMA DI KUCHING)
Kalau melalui facebook boleh 'add' "indahpengantin@yahoo.com" sebagai teman.
Kalau melalui blog boleh juga tapi nampak belum siap ja lagi....
sila klik DI SINI

Semoga anak buah saya ni-IEWAN,berjaya dalam bidang yang diminati.Jadilah fotografer yang beriman......k

Selasa, 7 September 2010

SEDERHANA TAPI MERIAH


Buat tetamu yang datang bertandang nanti


Sudut nostalgia (ada radio lama dan gambar keluarga)


Baru ja di 'touch-up'....

Alhamdulillah,berkat kerjasama adik beradik nampak berseri jugak rumah bonda dan ayahanda tercinta!!
Tersenyum lebar mereka...
Kata ayah...tahun ni "WELL ORGANISED"...
Ayah pun nampak semangat,ceria dan lebih sihat....
Walaupun tidaklah serba baru,tapi ibu pernah cakap walaupun rumah kita kecil sekalipun biar ia bersih dan kemas...itu sudah memadai!

Dari hatiku:Terima kasih Bang Has dan Kak Ani juga Bang Zul dan Kak Zai.Semoga bantuan kalian mendapat ganjaran oleh Allah.

Isnin, 30 Ogos 2010

LAMPU RAYA, MOOD RAYA




Terkenang masa kecil-kecil dulu,seronok betul tengok lampu berkelip-kelip gini.Kalau ada pelita atau cucul (bahasa Melayu Sabah dan Sarawak) lagi best.Terasa kemeriahannya.Apa pun janganlah pasang lampu ni sampai ke pagi,membazir ja.Bataskan masa membukanya dalam 2-3 jam ja.....Nanti naik meter bil elektrik hujung bulan karang....

Sabtu, 21 Ogos 2010

QURRATA 'AINI=PENYEJUK MATAKU...


"Dapat dah...!"


"Hug me...ummi..!"
Melihat anak-anak mampu membuatkan kita tersenyum.
Kita ibu bapalah yang mencorakkan mereka!

Rabu, 18 Ogos 2010

ITULAH SEMPADAN....


Janganlah kita keluar dari sempadan IMAN!


LOKASI:SEMPADAN PERAIRAN W.P LABUAN

Khamis, 12 Ogos 2010

BERPIJAK DI BUMI ALLAH....


4 anak-anak riang sedia untuk di 'klik'


Suasana petang di padang...


Rumput ni pun cantik....ada bunga 'comel-comel'


Uniknya kulat ni....


Lokasi:Sekitar Tanjung Aru

Ahad, 8 Ogos 2010

JOM KE MASJID...!DAH NAK RAMADHAN NI...




Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Dah lama sebenarnya hasrat nak ambil gambar masjid ni.Kali ni barulah tercapai....Alhamdulillah...!

"Sesiapa membangunkan (memakmurkan) masjid ALLAH maka ALLAH akan membuatkan pula baginya rumah seperti itu di Syurga."
(HR Muslim)

Isnin, 26 Julai 2010

MACAM KAPAS....



Tiada yang setanding ciptaan Allah
Amat memukau pandangan
Taken:By Abang ('klik' dari kapal terbang)

Ahad, 18 Julai 2010

Mari imarahkannya


Lokasi masjid:Pahang ('klik'dari hotel)


Lokasi:Masjid Negeri Sabah,Kota Kinabalu

Khamis, 15 Julai 2010

PENYERI ALAM



Wanita dan bunga sukar dipisahkan
Selalu 'diibaratkan' bersama...
Jadilah wanita penyeri alam!
Andalah srikandi,kuatkan semangat menuju akhirat yang abadi....

DARI SEKETUL DAGING YANG BERNAMA HATI...

HATI INI MILIK ALLAH;
DICIPTAKAN OLEH ALLAH;
UNTUK MENCINTAI ALLAH....
 

LENSATAIBAH.BLOGSPOT.COM | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates