Selasa, 10 April 2012

NEW BORN!Setelah lama tak berkhabar berita!


ASSALAMMU'ALAIKUM
Setelah melalui saat-saat getir 9 bulan mengandung dan melahirkan......
18 Mac 2012,8.55 malam....Muhammad Alif Ilman anak ummi yang ke-5 selamat dilahirkan.
Semoga dirimu membesar dengan penuh keimanan dan menjadi penyeri hidup ummi dan abah.......








Jumaat, 22 Julai 2011

MY SON HAKIM & IMAM MUDA FAKHRUL


Hakim dengan persembahan solonya di hadapan Imam Muda...ce..control nampak

Alhamdulillah baru dapat update blog kesayangan ini setelah sekian lama.Bukannya lupa tapi benar-benar sibuk memandangkan komitmen dengan jemaah Islam yang makin meninggi.Alhamdulillah,sempena program Diskusi Ramadhan yang berlangsung malam ini di Taha D'Bayu (Tabung Haji Sabah,KK),Imam Muda Fakhrul dan Dato' Abu Hasan Din telah dijemput .Bagi warga KK dan sekitarnya,jemputlah datang ke program ini ye jam 8 malam.Tak rugi pun.....

Sabtu, 7 Mei 2011

Moment TERINDAH buat mereka......

Hari Keluarga PASTI di Tanjung Aru 2,seronok......dapat bersama dengan keluarga dan sahabat dan bermain bersama.....Kesian kat Hakim belonnya tak membesar.....kena latih lagi lah ni......
Buat para ibu...Selamat Menyambut Hari IBU dan Para guru pulak...Selamat Hari Guru......!TERIMA KASIH dan bersyukur kepada Allah kerana do'a mereka saya berjaya.....

Rabu, 13 April 2011

PERMAI D' VALLEY RATAU....2

Salam buat semua teman fotografer......
Lama dah tak update blog...Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan oleh-Nya untuk siri 2 PERMAI D'VALLEY RATAU....
Layan ja lah gambar-gambar ni ya......
Semoga anda semua ceria hari ini...:)


'Signboard' masuk ke 'valley'....


Ada juga ditanam pokok cili di sektar kawasan ini....


Juga terdapat kemudahan surau kecil,bersebelahan dengan dewan



Inilah Dewan Utama Permai D'Valley...

Tinta Lensataibah:"Rumah besar belum tentu bahagia.Rumah sempit belum tentu derita.Segalanya ditentukan oleh hati..."~Ustaz Hasrizal (SaifulIslam.Com)

Sabtu, 2 April 2011

PERMAI D' VALLEY RATAU....1






Bagi sesiapa yang mahukan kelainan dan benar-benar mahukan suasana di hutan....inilah tempat yang sesuai bagi anda!
Sunyi....dari hiruk pikuk bandar!
Separuh lagi masih dalam pembinaan....Mungkin kurang sesuai untuk percutian keluarga tetapi sesuai untuk apa-apa aktiviti Persatuan atau Kelab
PERMAI D VALLEY RATAU....

Lensataibah:Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Akhlak yang buruk itu merosakkan amal kebajikan seperti cuka yang merosakkan madu dan seperti api yang membakar kayu bakar." (HR Ibn Majah)

Selasa, 8 Mac 2011

PERDANA PARK,KK


Sementara masih 'free' yuran masuk,kami pun masuk.....Sekarang masa tengah update blog ni dah ada yuran dah.Tak tau berapa....


Perdana Park ni letaknya tak jauh dari Terminal 2,Lapangan Terbang KKIA (Air Asia)


Ini baru kat dunia....keindahan syurga?Memang tak terbayang keindahannya...


Merah...memang sinonim dengan orang Cina.Kat China,masjid pun warna merah
Warna yang bertenaga....ceria dan berani!


Masa pergi tu,masih lagi suasana Tahun Baru Cina.Banyak betul tanglung digantung


Nak gambar anak,tak tau ke mana dah....klik ja lah anak orang....
Luas jugak tempat anak-anak bermain ni


Shoot dari jauh...with my lovely daughter.Tengah jalan-jalan atas batu refleksologi tu...Tu yang buka selipar

Tinta Lensataibah:Hamba yang sangat dikasihi Allah itu sentiasa merasakan Allah ada di mana-mana dan rasa diri diawasi..merasakan segala amal yang dilakukan selama ini milik Allah semata-mata dan merasa sangat tidak layak untuk menerima pujian....

Khamis, 3 Mac 2011

NICOLE QUEEN:KISAH FOTOGRAFER ARTIS HOLLYWOOD MENERIMA HIDAYAH ISLAM

Dulu fotografer kelab malam dan artis Hollywood.Nicole Queen,29 tahun,tinggal di Amerika Syarikat.Sekarang lensanya beralih ke majlis-majlis perkahwinan,pusat kebajikan dan amal jariah.Youtube menjadi rujukan pertama sebelum keIslamannya.Hidayah Allah tidak mengenal siapa,mungkin orang itu ahli maksiat,orang kuat agama selain Islam (mungkin paderi,sami,atheis),penentang Islam itu sendiri....?Tapi bila hidayah dari Allah datang,tiada siapa yang boleh menolak fitrah itu....

DARI SEKETUL DAGING YANG BERNAMA HATI...

HATI INI MILIK ALLAH;
DICIPTAKAN OLEH ALLAH;
UNTUK MENCINTAI ALLAH....
 

LENSATAIBAH.BLOGSPOT.COM | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates