Jumaat, 21 Januari 2011

JOM MAIN KAT TAMAN... UMMI?BOLEH BAH....





Foto-foto di'klik' di Labuan.Seronoknyalah dia orang....Umminya pun rasa nak main sama....:).Yang bestnya jugak taman ni dekat dengan laut dan tempat makan.Kalau habis main,bolehlah makan-makan kan.....

LENSATAIBAH:Pandanglah mata dan wajah anak-anak anda semasa bercakap dengannya."Lihatlah" apa yang bermain dalam hatinya.~Pakar Motivasi~

Isnin, 17 Januari 2011

LAGI FOTO BUNGA @ KUNDASANG


Kalau dah wanita,memang tak boleh lari dari minat dengan bunga......
Sesetengah bunga kat Kundasang ni tak boleh hidup kat tempat lain macam kat KK.
Cuaca panas,jadi tak sesuai.....dah pernah try,seminggu ja dah layu...hu...hu

Lensataibah:"WELL DONE IS BETTER THAN WELL SAID"~Benjamin Franklin maksudnya "Perbuatan yang baik adalah lebih baik dari ucapan/perkataan yang baik......."

Selasa, 11 Januari 2011

SATU BULAN SATU BUKU



Lensataibah:"Orang yang berilmu itu tinggi walaupun ia seorang kanak-kanak.Orang yang tidak berilmu itu rendah walaupun ia seorang dewasa/orang tua"..Kata-kata hikmah

Selasa, 28 Disember 2010

LEMBU PUNYA SUSU,SAPI DAPAT NAMA.....






Kebanyakan gambar-gambar di atas 'diklik' oleh adik ipar....Sibuk melayan anak-anak riangku

Lensataibah:Sabarlah wahai sahabat...Adakala orang mengaku kerja yang kita buat bersungguh-sungguh,dia yang buat......Seseungguhnya Allah Maha Mengetahui.....

Sabtu, 18 Disember 2010

KUDA DARI JARAK DEKAT


Keistimewaan bumi Sabah ni ialah banyaknya binatang kuda peliharaan.
Yang ni jinak sangat,peramah kot.....
Siapa yang dapat lari megalahkan kuda?
Saya pun tak dapat jawab,kalau sesiapa yang tahu,boleh bagitau saya...

Lensataibah:Kuda liar boleh dijinakkan,hati manusia yang liar...?Boleh juga,jika kembali pada jalan-Nya......

Sabtu, 11 Disember 2010

AZAM BARU MUSLIMAH....


BUATMU MUSLIMAH.....
TANAMKAN AZAM SEPERTI BUNGA MAWAR INI
CANTIK TAPI TIDAK MUDAH DIPETIK
ITULAH MARUAHMU.....
AMANAHMU....SEBAGAI HAMBA ALLAH....

Selasa, 7 Disember 2010

DI BAWAH BAYU....




Melawat ladang sayur di Kundasang,Sabah.Ingatkan nak keluarkan peluh,tapi tak keluar-keluar pun sebab sejuk sangat.

Lensataibah:Nak pergi lagi kalau boleh.Banyak oksigen di sana.........SEGAR!!!

DARI SEKETUL DAGING YANG BERNAMA HATI...

HATI INI MILIK ALLAH;
DICIPTAKAN OLEH ALLAH;
UNTUK MENCINTAI ALLAH....
 

LENSATAIBAH.BLOGSPOT.COM | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates