Selasa, 26 Oktober 2010

SUKA PAKAI


Inilah cucu saya...tak percaya?
Cicit kepada ibu dan ayah saya,jadi si comel ni 'pangkat' cuculah
Maknanya dia panggil saya 'nek usu'....hmm..tuanyalah rasa
Begitulah putaran hidup
Cepat betul anak buah membesar

Lensataibah:Mengingatkan kita amal sepatutnya bertambah bila bertambahnya umur......

Rabu, 13 Oktober 2010

MURAH SENYUMAN




Anak-anak memang murah dengan senyuman.
Hati mereka masih bersih.
Adakala senyuman penawar duka ibu bapa.
Kasihi mereka dengan seikhlasnya...

Lensataibah:Tengah mencuba program baru untuk mengedit gambar.....seronok.....dapat ilmu baru

Isnin, 11 Oktober 2010

OPEN YOUR EYES-KHAS BUAT FOTOGRAFER



"Ambillah gambar yang dapat mengajak orang untuk BERSYUKUR,INGAT DAN BERUBAH UNTUK MENGINGATI-NYA"~lensataibah

"THE BEST CAMERA IS THE ONE THAT'S WITH YOU..."CHASE JARVIS~IPHONE PHOTOGRAPHY

Ahad, 26 September 2010

FOTO RAYA MENARIK - KENANGAN DI KAMPUNG


AYAH-HJ MOHD MORSHIDI


IBU-HAJAH TAIBAH
(BLOG NI SEMPENA NAMANYA)


MOHD AKMALUL HAKIM

SITI NUR 'AFIIFAH


SITI NUR SAKIINAH

Alhamdulillah kembali dengan cerita raya.Sibuk betul,hinggakan terbiar blog ni...
Semoga sahabat selensa di sana tetap sihat selepas puasa.Dah habis puasa enam?Kalau belum masih ada peluang lagi untuk melakukannya,rugi kalau tak buat.

Memang impian saya untuk bergambar di studio sekeluarga.Tapi apa kan daya kosnya pun boleh tahan.Jadi saya nak buat sesuatu untuk 'anniversary kami yang ke-8' (berkahwin dalam bulan Syawal).Semoga perkahwinan kami diberkati Allah dan mendapat redha-Nya.

Semua foto-foto di atas 'diklik' oleh anak buah yang juga 'fotografer perkahwinan'.Memang berbeza kalau orang-orang yang dah 'pro' ambik kan....
Actually gambar tu bukan di ambik dari studio,kat rumah ja.Tapi sorang lagi anak yang sulung tak nak bergambar solo...hu..hu apalah moodnya hari tu.
Apa pun kalau anda berminat untuk 'menempah' anak buah saya ni boleh la bagitau saya ya ek....(TERUTAMA DI KUCHING)
Kalau melalui facebook boleh 'add' "indahpengantin@yahoo.com" sebagai teman.
Kalau melalui blog boleh juga tapi nampak belum siap ja lagi....
sila klik DI SINI

Semoga anak buah saya ni-IEWAN,berjaya dalam bidang yang diminati.Jadilah fotografer yang beriman......k

Selasa, 7 September 2010

SEDERHANA TAPI MERIAH


Buat tetamu yang datang bertandang nanti


Sudut nostalgia (ada radio lama dan gambar keluarga)


Baru ja di 'touch-up'....

Alhamdulillah,berkat kerjasama adik beradik nampak berseri jugak rumah bonda dan ayahanda tercinta!!
Tersenyum lebar mereka...
Kata ayah...tahun ni "WELL ORGANISED"...
Ayah pun nampak semangat,ceria dan lebih sihat....
Walaupun tidaklah serba baru,tapi ibu pernah cakap walaupun rumah kita kecil sekalipun biar ia bersih dan kemas...itu sudah memadai!

Dari hatiku:Terima kasih Bang Has dan Kak Ani juga Bang Zul dan Kak Zai.Semoga bantuan kalian mendapat ganjaran oleh Allah.

Isnin, 30 Ogos 2010

LAMPU RAYA, MOOD RAYA




Terkenang masa kecil-kecil dulu,seronok betul tengok lampu berkelip-kelip gini.Kalau ada pelita atau cucul (bahasa Melayu Sabah dan Sarawak) lagi best.Terasa kemeriahannya.Apa pun janganlah pasang lampu ni sampai ke pagi,membazir ja.Bataskan masa membukanya dalam 2-3 jam ja.....Nanti naik meter bil elektrik hujung bulan karang....

Sabtu, 21 Ogos 2010

QURRATA 'AINI=PENYEJUK MATAKU...


"Dapat dah...!"


"Hug me...ummi..!"
Melihat anak-anak mampu membuatkan kita tersenyum.
Kita ibu bapalah yang mencorakkan mereka!

DARI SEKETUL DAGING YANG BERNAMA HATI...

HATI INI MILIK ALLAH;
DICIPTAKAN OLEH ALLAH;
UNTUK MENCINTAI ALLAH....
 

LENSATAIBAH.BLOGSPOT.COM | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates